Program Jejak Alumni dan Bicara Alumni, Kolej Tun Hussein Onn UKM

Program Jejak Alumni dan Bicara Alumni anjuran Eksekutif Hal-Ehwal Luar, Alumni dan Antarabangsa Kolej Tun Hussein Onn telah diadakan pada 11 September 2017 jam 8.30 malam. Alumni hebat yang dijemput ialah Tuan Khairul Nurrahim Ashadi Abdullah (Fakulti Pengurusan Perniagaan 2003). Beliau ialah Penolong Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Tajuk bicara beliau ialah ‘Bersama Membanteras Rasuah’.