SESI PEMBENTANGAN AKTIVITI, PERBINCANGAN DAN PEWUJUDAN IKATAN KELUARGA ALUMNI (IKA) UKM INDONESIA

Sesi Pembentangan Aktiviti, Perbincangan dan Pewujudan Ikatan Keluarga Alumni (IKA) UKM Indonesia yang telah diadakan pada 28 September 2019 di Swiss-Belhotel Airport Jakarta, Indonesia. YBhg. Prof. Dato’ Ir. Dr. Othman A. Karim, Timbalan Naib Canselor, Hal-ehwal Pelajar dan Alumni UKM dan Ir. Dr. Nazrul Anuar Nayan, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UKM mewakili UKM bagi menghadiri majlis ini. Ketua bagi setiap chapter alumni UKM di Indonesia terut hadir. Agenda yang sangat penting dalam pertemuan ini adalah untuk menubuhkan Ikatan Keluarga Alumni UKM Indonesia yang akan menguruskan semua alumni UKM Indonesia.