Datuk T Subromaniam dilantik Ketua Pengarah Kastam

Datuk T Subromaniam (FS 79), Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam baharu berkuat kuasa semalam, menggantikan Datuk Seri Khazali Ahmad yang bersara wajib. Sebelum ini, Subromaniam, 58, adalah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Pematuhan dan Penguatkuasaan). Pengumuman pelantikan itu dibuat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, dalam satu kenyataan, semalam. Ali berkata, Subromaniam berpengalaman luas dalam bidang pengurusan pentadbiran, pengurusan cukai dan penguatkuasaan.

Betiau mampu meneruskan visi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam menyediakan perkhidmatan kastam bertaraf dunia, katanya. Subromaniam berkelulusan Ijazah Saijana Muda Sains Fizik Nuklear dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Ijazah Saijana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan) dari Universiti New Hampshire, Amerika Syarikat.