Tahniah Alumni Hebat UKM

Senior Asisten Komisioner Sulaiman Salleh (FSSK 2011), Mantan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Polis Selangor menggantikan  Senior Asisten Komisioner Che’ Man Md Dros.  Beliau berkelulusan Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai pengalaman selama 33 tahun dalam bidang ini dan pernah memegang pelbagai jawatan di serata negeri.

Majlis Serah Terima Tugas diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dengan disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Seri Abdul Samah Mat. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai jabatan termasuklah siasatan jenayah, pentadbiran dan trafik serta pelbagai lagi. Beliau memulakan tugas sebagai Inspektor di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar pada 1994.