Tahniah Alumni Hebat UKM

Nisah Haron (Fakulti Undang-Undang 1996, 2006 Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan 2013) ialah seorang pengarang wanita yang terkemuka. Beliau telah menerima Hadiah Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) dalam satu sidang yang diadakan di Hotel Sari Pan Pacific, Jakarta. Beliau juga bekas peguam dan pengusaha kedai buku atas talian.

Pemilihan beliau sebagai penerima hadiah tersebut merupakan testimoni terbaik untuk memetakan karya Malaysia di peringkat Asia Tenggara tanpa melihat faktor jantina, sebaliknya kekuatan karya itu sendiri.