SUMBANGAN ALUMNI SEMASA PKP

Jentera alumni sangat diperlukan oleh universiti khususnya dalam keadaan kritikal seperti perintah kawalan pergerakan yang berlaku ketika wabak COVID19 melanda negara kini.

Peranan alumni penting dalam membantu universiti dalam menyumbang dan menyediakan bekalan makanan, keperluan asas dan kewangan untuk pelajar-pelajar yang menginap di kolej kediaman bagi meringankan beban mereka menghadapi pandemik ini.

Sumbangan alumni juga sangat diperlukan untuk menyediakan kelengkapan perlindungan peribadi (PPE) kepada barisan hadapan negara bagi mengekang penularan COVID-19 ini.

Kita berjaya lakukan bersama….

Terima kasih Alumni UKM💐