»Pengenalan (Versi Bahasa Inggeris)  
     
 
Pengenalan Kumpulan   Bidang Penilitian   Sifat Strategik Kumpulan Penyelidikan


Advanced Materials Processing and Integrity atau lebih dikenali sebagai AMPI bukan satu nama yang asing dalam bidang penyelidikan integriti dan pemprosesan bahan termaju di UKM. Kumpulan ini terdiri daripada 9 orang penyelidik iaitu Prof. Dr. Che Husna Azhari yang juga merupakan ketua kumpulan AMPI, Prof Madya Dr. Andanastuti Muchtar, Prof. Madya Dr. Mohd Zaidi Omar, Prof. Madya Dr. Shahrum Abdullah, Dr. Abu Bakar Sulong, Dr. Mariyam Jameelah Ghazali, Dr. Syarif Junaidi Syarif Djalil, Dr. Zainuddin Sajuri dan En. Rozli Zulkifli.

Pencapaian Kumpulan Penyelidikan

Ahli AMPI berpendapat kumpulan adalah suatu pemain rantau Asia dalam bahan termaju. Ahli kumpulan sangat produktif dalam penerbitan, penyelidikan (lampiran A), serta jangkauan. AMPI juga aktif dalam penganjuran seminar, bengkel dan persidangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa (lampiran B). AMPI juga merupakan kumpulan yang telah menyumbang secara besar kepada  latihan tenaga akademik di institusi pengajian tinggi serta institusi penyelidikan. Tenaga pakar di institusi pendidikan dalam negara yang terhasil daripada latihan kumpulan AMPI termasuklah dari USM, UTHM, Utem, UMP, UNIMAP, UTM, UNISEL. Manakala tenaga pakar di institusi pendidikan luar negara yang terhasil daripada latihan kumpulan AMPI termasuklah dari USU, ITB, Unsyiah Kuala, UI, UII, UNILA, BUEXT, UNRI, UGM. Terdapat tenaga pakar di Institusi penyelidikan tempatan adalah hasil daripada latihan AMPI seperti di SIRIM, MINT, CEAST, STRIDE. Ahli kumpulan AMPI juga pernah menerima lawatan dari pelawat luar negara seperti lawatan oleh Brian Yuliarto dan Husni Hussein dari Unsyiah Kuala. Bukan itu sahaja, ahli AMPI sendiri pernah menjadi pensyarah pelawat di luar negara seperti Prof. Dr. Che Husna Azhari dan PM Dr. Andanastuti Muchtar yang pernah menjadi pensyarah pelawat selama setahun di University of Duisberg (UDE). AMPI turut bertanggungjawab dalam mengemudi haluan
(i)    Pendidikan Kejuruteraan
(ii)   Halatuju Kejuruteraan Bahan
(iii)  Tenaga Pengajar
seperti yang ditunjukkan dalam lampiran C

 

Model penyelidikan UP UKM ialah pemerkasaan kumpulan silang disiplin rentas fakulti jangkauan dalam dan luar negara. Matlamat akhir kumpulan ialah menjadi pemain global bidang bahan termaju. Ciri bidang bahan sangat rentas disiplin justeru memerlukan input pelbagai bidang. Secara am, ada lima fokus bahan termaju di UKM iaitu;
i)   Sintesis dan Penghasilan,
ii)  Hubungan Sifat Struktur,
iii) Pemprosesan,
iv) Integriti,
v) Rekabentuk dan Penilaian Hayat.
Urutan fokus ini adalah dari huluan kepada hiliran. Secara tradisinya kumpulan di fakulti kejuruteraan iaitu AMPI menjurus kepada aspek hiliran. Aktiviti penyelidikan kumpulan dibahagi berdasarkan dua kelas bidang; kumpulan kecil logam dan kumpulan kecil bukan logam. Penyelidikan silang disiplin dan rentas fakulti setakat ini telah dijalin dengan rakan kumpulan di Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Fakulti Sains dan Teknologi (FST), Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.

Gabungan dengan ahli lain dari FKAB membabitkan penyelidikan tentang pembuatan, rekabentuk dan prestasi. Gabungan dengan penyelidik FST pula ialah tentang pencirian serta hubungan sifat struktur. Penyelidikan dengan ahli dari fakulti perubatan membabitkan bahan biojasad seperti implan, titanium dan seramik bio. Dari kumpulan Fakulti Pergigian, cadangan penyelidikan adalah dalam komposit pergigian. Jangkauan penyelidikan luar fakulti melibatkan tiga universiti secara aktif iaitu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Nagaoka University of Technology (NUT) dan University of Alexandria (UA). Bahan diselidik dalam projek UTM dan UA ialah nano komposit dan NUT pula ialah logam. Selain itu, gabungan penyelidikan dengan LIPI juga membabitkan nano komposit. Dua institusi lain yang menjalinkan hubungan penyelidikan dengan kumpulan Fakulti Kejuruteraan iaitu AMPI ialah UI dan BATAN.

 


Bahan termaju merupakan satu daripada lima bidang tujahan semasa program IRPA diperkenalkan oleh MOSTI pada tahun lewat 80-an. Senario dunia juga tidak berbeza. Perkembangan dunia menyaksikan inovasi dalam bahan seperti pembuatan, pengabadian tenaga, tenaga terbaharu, biobahan, kitaran semula, keselamatan, nanoteknologi dan bioperubatan. Krisis tenaga telah memberi penampilan kepada satu kelas bahan iaitu bahan tenaga (energy materials). Keprihatinan kepada sekitaran pula menumpu fokus kepada pengitaran semula, keselamatan serta rekabentuk mesra alam. Selagi kesemua isu yang disebut relevan maka penyelidikan bahan juga relevan.

Impak Kumpulan Penyelidikan kepada pengguna/ masyarakat di luar lingkungan akademia

Kumpulan penyelidikan mempunyai hubungan yang rapat dengan masyarakat di luar lingkungan akademia khususnya dengan industri dan badan professional. Ahli KP adalah penasihat dalam badan-badan professional berkaitan bidang seperti Institut Bahan, Persatuan Kimpalan, Persatuan Tribologi Malaysia dan Persatuan yang disenaraikan dalam Lampiran D. Ahli KP juga menjadi ahli dalam jawatankuasa-jawatankuasa teknikal di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti yang dibutirkan dalam lampiran E. Hubungan ahli KP dengan ahli industri juga dijalin seperti dengan SIRIM dan MOTOROLA. KP sedang berusaha untuk mempromosi isu-isu bahan dan masyarakat sebagai sumbangan kami kepada masyarakat di Malaysia dan serantau. Antara isu yang menjadi sasaran adalah isu kitar semula, biodegradasi dan tenaga.

 

 
       
 
 
  Contact Details    
  Advanced Materials Processing & Integrity Research Group Tel: +603-8921 6450  
  Dept. of Mechanical & Materials Engineering Fax: +603-8925 9659  
  Universiti Kebangsaan Malaysia Email: mek@vlsi.eng.ukm.my  
  43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia.    
       
  ©  2009. Advanced Materials Processing & Integrity Group. All rights reserved.  
  Designed By Zdesign  
     
  This website is best viewed at 1024x768 with IE 6 & above or Mozilla Firefox 1.5 & above