Jabatan Anatomi Fakulti Perubatan

 Universiti Kebangsaan Malaysia

Khidmat Diseksi

Diseksi (Dissection) merupakan perkataan yang diambil dari perkataan Latin yang bermaksud membedah badan haiwan atau tumbuhan yang mati untuk mengkaji struktur anatominya. Ianya adalah berbeza dengan autopsi yang digunapakai dalam sains patologi dan perubatan forensik untuk menentukan punca kematian pada manusia. Diseksi adalah penting untuk mendedahkan bahagian tubuh manusia bagi kegunaan pembelajaran pelajar. Diseksi yang baik mampu mengurangkan kesilapan dan seterusnya dapat mengoptimumkan kegunaan satu-satu kadaver. Ini adalah penting di saat kekurangan bekalan kadaver yang dihadapi oleh institusi pendidikan perubatan di seluruh negara.

Kami di jabatan mempunyai ramai tenaga kerja terlatih yang mampu menyiapkan diseksi bahagian-bahagian anggota mahupun keseluruhan tubuh dalam jangka waktu yang ditetapkan. Hasil diseksi yang terhasil bukan sahaja untuk kegunaan spesimen basah (yang disimpan dalam larutan pengawet formalin), bahkan juga boleh digunakan untuk tujuan plastinasi.

Untuk maklumat serta pertanyaan lanjut mengenai khidmat diseksi, sila hubungi:

Pn. Natasya Nadia Sahruddin

 03-9145 8417
 natasyanadia@ukm.edu.my