|
Institut Sains Angkasa (ANGKASA) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003. ANGKASA ditubuhkan sebagai sebuah pusat penyelidikan multidisiplin yang menjalankan pengajaran di peringkat pascasiswazah dan penyelidikan dalam bidang;
- Sains Angkasa: Astronomi, astrofizik, astrobiologi, kimia angkasa, geologi planet dan kaji cuaca
- Teknologi Angkasa: Rekabentuk dan pemasangan sistem bagi komunikasi, kawalan dan pemanduan roket dan kapal angkasa
- Aplikasi Teknologi Angkasa: Meliputi bidang kaji cuaca, pengurusan alam sekitar, pengurusan bencana alam dan penggunaan tanah
- Governans Angkasa: Undang-undang angkasa dan hubungan antarabangsa berkaitan dengan aktiviti penjelajahan dan penggunaan angkasa |