Ikut kami

FacebookFeedTwitterLinkedinYoutube

Designed by:
SiteGround web hosting Joomla Templates
Mengenai Kami

Institut Sains Angkasa (ANGKASA) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003. ANGKASA ditubuhkan sebagai sebuah pusat penyelidikan multidisiplin yang menjalankan pengajaran di peringkat pascasiswazah dan penyelidikan dalam bidang;

- Sains Angkasa: Astronomi, astrofizik, astrobiologi, kimia angkasa, geologi planet dan kaji cuaca

- Teknologi Angkasa: Rekabentuk dan pemasangan sistem bagi komunikasi, kawalan dan  pemanduan roket dan kapal angkasa

- Aplikasi Teknologi Angkasa: Meliputi bidang kaji cuaca, pengurusan alam sekitar, pengurusan bencana alam dan penggunaan tanah

- Governans Angkasa: Undang-undang angkasa dan hubungan antarabangsa berkaitan dengan aktiviti penjelajahan dan penggunaan angkasa

Memupuk minat yang mendalam dalam bidang sains dan kejuruteraan dan mengembangkan ilmu melalui penyelidikan dan pengajaran di dalam bidang Sains Angkasa.

Berhasrat berada di hadapan dalam penyelidikan sains dan teknologi angkasa dengan menyertai aktiviti penyelidikan angkasa antarabangsa

1. Membangunkan tenaga manusia untuk penyelidikan dan industri angkasa

2. Membangunkan sains dan teknologi angkasa untuk tujuan aman

3. Mempromosi kepentingan sains angkasa untuk pembangunan mapan

4. Menyokong program angkasa negara

Logo ANGKASA telah direka oleh Encik Meor Sony Hermi bin Meor Sapelin dan telah dirasmikan oleh Naib Canselor UKM, Prof. Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin pada 25 Jun 2008.



Logo ANGKASA tercipta atas dasar visi dan misinya sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang sains angkasa. Asas logo terbina daripada awalan perkataan ANGKASA iaitu huruf A dipadankan secara grafikal membentuk segi tiga tajam memanjang ke arah kanan dilingkungi bentuk sabit menggambarkan ciri-ciri angkasa. Segi tiga tersebut digambarkan seperti sebuah roket yang sedang meluncur ke ruang udara melintasi bentuk sabit yang mewakili orbit di angkasa lepas. Akronim Institut Sains Angkasa iaitu ANGKASA dimartabatkan begitu tinggi, gagah dan perkasa di atas perkataan Institut Sains Angkasa dan Institute of Space Science sejajar dengan hasrat ANGKASA menyokong program-program anjuran Agensi Angkasa Negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perletakan logo UKM di atas akronim ANGKASA menunjukkan Institut Sains Angkasa adalah sebahagian daripada entiti Universiti Kebangsaan Malaysia.

Warna biru memperlihatkan keterampilan, kejituan dan komitmen pihak ANGKASA dalam merencana kemajuan bidang sains angkasa di Malaysia.

 

Carta Organisasi

 

Peta Lokasi

 

 

ukm_button

ukm_news

e-warga

iconspace

comeng

spacecom

kalendar_angkasa

bulletin1

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter

IP Anda: 23.22.252.150
 , 
Hari ini: 24 Mei , 2013