Logo

 

logo_PUSAT_SAINS_ANGKASA_800x335

Logo ANGKASA tercipta atas dasar visi dan misinya sebagai Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) dalam bidang Sains Angkasa. Asas logo terbina daripada awalan perkataan ANGKASA iaitu Huruf A dipadankan secara grafikal menjadi bentuk segi tiga tajam memanjang ke arah kanan dilingkungi bentuk sabit menggambarkan ciri-ciri ANGKASA. Segi tiga tersebut digambarkan sebuah roket yang sedang meluncur ke ruang udara melintasi bentuk sabit yang mewakili orbit di angkasa lepas. Akronim Pusat Sains Angkasa iaitu ANGKASA dimartabatkan begitu tinggi, gagah dan perkasa di atas perkataan Pusat Sains Angkasa dan “Space Science Centre”, sejajar dengan hasrat ANGKASA menyokong teguh program-program anjuran Agensi Angkasa Negara sehingga ke peringkat antarabangsa.

Perletakan logo UKM pada ANGKASA adalah sebahagian daripada entiti Universiti Kebangsaan Malaysia.

Warna BIRU memperlihatkan keterampilan, kejituan dan komitmen pihak ANGKASA dalam merencana kemajuan bidang Sains Angkasa di Malaysia.