Keputusan Pertandingan ‘Smart Control Helicopter 2016’

1/12/2016 – Tahniah diucapkan kepada SMK Taman Tasik kerana menjadi johan pertandingan ‘Smart Control Helicopter 2016’!

Keputusan pertandingan:

Johan: SMK Taman Tasik, Ampang, Selangor.

Naib Johan: SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor

Tempat Ketiga: SMK Jalan Empat, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Bengkel dan Pertandingan ‘Smart Control Helicopter 2016’ telah diadakan di Politeknik Banting Selangor pada 24-25 November 2016 dan disertai oleh 11 kumpulan. Daripada jumlah tersebut, 7 kumpulan terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan 4 kumpulan terdiri daripada pelajar politeknik. Terima kasih diucapkan kepada SMK Bandar Damai Perdana dan SMK Tasek Permai yang turut mengambil bahagian.

Penganjur bersama:

  1. Politeknik Banting Selangor
  2. Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Elektronik dan Sistem, FKAB, UKM.