Panggilan Sebutharga

15/8/2016 – Dengan segala hormatnya, Pusat Sains Angkasa, UKM ingin mempelawa pembekal yang berpengalaman dan berkelayakan untuk menghantar sebutharga bagi ‘Membekal, Memasang, Menghantar & Latihan Bagi Lightning Sensor & Electric Field Mill‘.

Kontraktor WAJIB berdaftar dengan Jabatan Bendahari UKM dan dokumen sebutharga boleh diperolehi di Makmal Pusat Sains Angkasa, Aras 6, Kompleks Penyelidikan, UKM Bangi, Selangor.

Dokumen sebutharga yang lengkap diisi beserta dengan dokumen yang diperlukan (jika berkenaan) hendaklah dimasukkan ke Peti Sebutharga di Pusat Khidmat Kewangan (PKKew), Aras 1, Jabatan Bendahari, Bangunan Canselori, UKM selewat-lewatnya pada 23 Ogos 2016 sebelum jam 12:00 tengahari.

Semua pertanyaan atau penjelasan boleh berhubung dengan pegawai berkenaan;
En. Muhamad Roszaini Roslan (No. tel: 03-8911 8483 / 016-7785040)