Peluang Pengajian Peringkat Sarjana dalam Bidang Komunikasi

2/11/2016 – Calon-calon yang berminat adalah dijemput untuk menjadi Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) peringkat Sarjana bagi projek FRGS berikut:

Tajuk: Modeling of maximum useable frequency (MUF) for HF communication in Malaysia

Kelayakan Permohonan:
1) Calon mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan / Sains Komputer / Fizik dengan CGPA > 3.0
2) Calon-calon mempunyai pengalaman asas dengan peralatan radio.
3) Komitmen dan minat dalam kerja-kerja penyelidikan.
4) Calon dengan pengetahuan pengaturcaraan komputer (MATLAB dan IDL).

Untuk maklumat lanjut sila e-mel kepada: Dr. Sabirin bin Abdullah (dr_sabirin@ukm.edu.my)