Objektif Penubuhan

  • Untuk menjalankan penyelidikan multi-disiplin dengan kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  • Untuk membangunkan sumber-sumber utama dan infrastruktur untuk penyelidikan, servis dan latihan.
  • Untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang yang berkaitan angkasa dan aeroangkasa melalui program ijazah, latihan profesional, program penyelidikan dan aktiviti jangkauan.
  • Untuk membangunkan teknologi angkasa dan keupayaan aeroangkasa melalui aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam bidang sains angkasa dan kejuruteraan.
  • Untuk membangunkan kaedah dan pendekatan kepada data angkasa di dalam aplikasi sains angkasa dan teknologi.
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan industri angkasa dan aeroangkasa dalam usaha untuk membangunkan negara.
  • Mengambil peranan menyokong program angkasa dan aeroangkasa negara.