Pengenalan

Pusat Sains Angkasa (ANGKASA) (dahulu dikenali dengan nama Institut Sains Angkasa) telah ditubuhkan pada 1 Ogos 2003. Pada 2 Disember 2013, ANGKASA telah dijadikan salah satu entiti di bawah Institut Perubahan Iklim (IPI), Universiti Kebangsaan Malaysia.

ANGKASA ditubuhkan sebagai sebuah pusat penyelidikan multidisiplin yang menjalankan pengajaran di peringkat pascasiswazah dan penyelidikan dalam bidang;

– Sains Angkasa: Astronomi, astrofizik, astrobiologi, kimia angkasa, geologi planet dan kaji cuaca

– Teknologi Angkasa: Rekabentuk dan pemasangan sistem bagi komunikasi, kawalan dan pemanduan roket dan kapal angkasa

– Aplikasi Teknologi Angkasa: Meliputi bidang kaji cuaca, pengurusan alam sekitar, pengurusan bencana alam dan penggunaan tanah

– Governans Angkasa: Undang-undang angkasa dan hubungan antarabangsa berkaitan dengan aktiviti penjelajahan dan penggunaan angkasa