Program Siswazah

ANGKASA menawarkan program pengajian Doktor Falsafah dan Sarjana (penyelidikan dan tesis) dalam bidang-bidang berikut:

– Sains Angkasa

– Astronautik

– Polisi dan Pengurusan Angkasa

Program Kelayakan
Doktor Falsafah (PhD) – Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan yang diikitiraf oleh Senat UKM; atau

– Siswazah yang sedang mengikuti pengajian Sarjana di UKM yang disyorkan oleh Jawatankuasa Pengajian Siswazah di fakulti yang berkaitan untuk penukaran ke program Doktor Falsafah dengan kelulusan Senat UKM.

Ijazah Sarjana (MSc) – Ijazah Kepujian atau yang setaraf dengannya di dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Senat UKM dengan CGPA 3.00 dan ke atas; atau

– CGPA 2.75 ke atas dengan 1 tahun pengalaman bekerja di dalam bidang berkaitan; atau

– Kelayakan lain yang setaraf yang diiktiraf oleh Senat UKM.