SPSA 2015

Seminar Penyelidikan Siswazah ANGKASA (SPSA)

Selamat datang ke SPSA 2015. Seminar SPSA bertujuan untuk mengumpulkan pelajar siswazah UKM daripada Pusat Sains Angkasa dan institut/fakulti lain untuk membentang dan membincangkan keputusan projek semasa yang berkaitan dengan sains angkasa dan teknologi serta perubahan iklim.

SPSA 2015 akan diadakan di Astronautic Technology (M) Sdn Bhd (ATSB) di Shah Alam pada 20 Oktober 2015. ATSB merupakan sebuah pusat inovasi satelit yang mempunyai kemudahan dan pengalaman luas dalam rekabentuk dan pembangunan satelit. Untuk tahun ini, lawatan makmal di ATSB akan diadakan selepas seminar.

Pendaftaran adalah secara online dan yuran pendaftaran ialah sebanyak RM 180 termasuk makan malam di Putrajaya International Convention Centre (PICC). Pengangkutan disediakan sepanjang program.

 

Untuk membuat pendaftaran, sila ikut langkah yang diberikan di bawah:

1. Muat turun dan lengkapkan “Borang Permohonan Menghadiri Persidangan”: (a) Pelajar ANGKASA  (b) Pelajar FKAB

2. Muat turun dan lengkapkan Borang Permohonan Bayaran Yuran Persidangan.

3. Imbas kedua-dua borang yang telah lengkap kepada fail PDF/JPG/PNG dengan 300dpi dan berwarna.

4. Daftar secara online dan muat naik 2 borang yang sudah lengkap diisi.

 

Tarikh akhir pendaftaran: 30 September 2015

Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Cik Nurul Hajijah di talian 03-8911 8482.