APEL UKM

 Universiti Kebangsaan Malaysia

PERMOHONAN APEL.C

Permohonan APEL (C) adalah terbuka untuk semua pelajar yang telah diterima masuk ke UKM dan telah mematuhi syarat-syarat berikut:

  1. Pemohon telah mendaftar sebagai pelajar UKM;
  2. Belum pernah membuat permohonan APEL (C) untuk pengalaman terdahulu yang dipohon; dan
  3. Membuat permohonan pindah kredit APEL (C) bagi kursus yang belum pernah diambil sahaja.

Pelajar boleh mendapatkan maklumat seperti proses dan prosedur APEL (C), senarai Penasihat APEL (C), senarai kursus dan maklumat kursus yang menawarkan APEL (C) serta borang permohonan daripada Unit APEL (C). Unit APEL (C) ini adalah sebuah unit di bawah Pusat Pengurusan Akademik UKM yang akan menyelaras pelaksanaan APEL (C) di UKM. Berikut adalah maklumat yang boleh dihubungi sekiranya pelajar ingin berurusan dengan mana-mana pegawai yang berkaitan untuk urusan APEL (C):

Alamat:UNIT APEL, PUSAT SISWAZAH,
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Selangor,
Malaysia.
No. Telefon:03-8911 8463
Faks:-
Emel:unitapel@ukm.edu.my
Laman web:www.ukm.my/apel

Borang Permohonan Apel C     Muat Turun