Proses Pembangunan Sistem Maklumat

Cetak Artikel Cetak Artikel

Antara langkah-langkah proses:
  • Analisis masalah

  • Rekabentuk sistem maklumat

  • Mengekod sistem

  • Ujian dan Nyahpijatan

  • Mendokumentasi

  • Menyenggara

1) Analisis masalah

Terdapat 3 langkah dalam menganalisis masalah iaitu mengumpul data, menganalisa data dan menulis laporan peringkat analisa.

i) Mengumpul data

  • Dokumen bertulis - boleh didapati daripada laporan, borang, memo dan rancangan perniagaan.

  • Temuramah - temuramah dengan pengurus pekerja, pelanggan, pembekal dan pesaing akan dapat memberikan gambaran dan maklumat yang diperlukan.

  • Soal selidik penting bagi mendapatkan maklumat kumpulan manusia yang besar jumlahnya.

  • Pemerhatian - boleh mendapatkan gambaran yang jelas tentang pekerjaan yang sedang dijalankan.

  • Mengambil sampel - jika data yang perlu melibatkan sangat ramai orang atau banyak aktiviti maka bolehlah mengambil hanya 5 orang daripada jumlah 100 orang sebagai sampel

ii) Menganalisa data

  • Menyediakan senarai semak - mengandungi soalan-soalan yang berguna untuk memandu penganalisa sistem dan pengguna memahami isu-isu mengenai sistem yang sedia ada.

  • Teknik analisa atas bawah- digunakan untuk memahami komponen yang paling atas atau tinggi dalam satu sistem yang kompleks.

  • Carta grid - menunjukkan hubungan data input dan data output dokumen.

  • Jadual keputusan - menunjukkan peraturan-peraturan yang perlu digunakan apabila keadaan-keadaan tertentu berlaku dan tindakan yang perlu diambil.
  • Carta alir sistem - menunjukkan pengaliran data daripada input ke pemprosesan dan kemudian kepada input dan pengagihan maklumat.

  • Rajah pengaliran data - menunjukkan pengaliran data atau maklumat dalam sistem maklumat
  • .
iii) Menulis laporan peringkat analisa
  • Menerangkan bagaimana sistem yang sedia ada sekarang berfungsi

  • Menerangkan tentang masalah sistem sekarang

  • Menerangkan tentang keperluan sistem baru dan cadangan apakah yang harus dilakukan seterusnya.

2) Rekabentuk sistem maklumat

Terbahagi kepada 3 langkah iaitu menyediakan pelbagai rekabentuk sistem, memilih sistem yang terbaik dan menyediakan laporan rekabentuk sistem.

i) Menyediakan pelbagai rekabentuk sistem

  • Kemungkinan ekonomi - adakah kos sistem baru kurang daripada untung atau pulangan yang akan diperolehi?

  • Kemungkinan teknik - adakah perkakasan, perisian yang ada menjamin perjalanan sistem?

  • Kemungkinan operasi - bolehkah sistem ini dijalankan dalam organisasi atau adakah pekerja, pengurus dan pelanggan akan menentang atau tidak menerimanya?

ii) Memilih sistem yang terbaik
  • Adakah sistem ini sesuai dengan sistem organisasi maklumat secara keseluruhannya?

  • Adakah sistem ini cukup fleksibel untuk diubahsuai di masa akan datang?

  • Bolehkah keselamatan sistem ini dijaga daripada diceroboh?

  • Adakah kelebihannya mengatasi kos yang dibelanjakan?
iii) Menyediakan laporan rekabentuk sistem

Disediakan untuk pengurusan atasan dan ianya menghuraikan pilihan rekabentuk.
Ia menunjukkan kos berbanding dengan keuntungan yang perolehi dan menggariskan kesan rekabentuk alternatif ke atas organisasi. Laporan ini ditutup dengan mencadangkan salah satu daripada alternatif.

3) Mengekod sistem

Pada peringkat ini, juruanalisa sistem akan membangun perisian dan memperolehi perkakasan dan menguji sistem.

i) Memperolehi perisian

Juruanalisa sistem akan membuat keputusan sama ada membangunkan sendiri perisian atau membeli perisian yang dijual dalam pasaran.ii) Memperolehi perkakasan
Perkakasan baru harus diperolehi atau perkakasan lama ditingkatkan setelah perisian telah dipilih.


4) Ujian dan nyahpijatan

Ujian biasanya dijalankan dalam 2 peringkat iaitu ujian unit dan ujian sistem.

  • Ujian unit - komponen-komponen kecil sistem akan diuji dengan menggunakan data ujian. Jika program atau perisian berkenaan disediakan bersama oleh beberapa pengaturcara ia perlu diuji berasingan.

  • Ujian sistem - bahagian-bahagian atau komponen akan disambungkan di antara satu dengan lain untuk menentukan bahawa bahagian-bahagian itu dapat beroperasi bersama.

5) Mendokumentasi

Segala maklumat tentang sistem tersebut dari proses pembangunannya hingga ke isi kandungannya perlu didokumentasikan sebagai rujukan. Ia menjadi amat penting sekiranya penyenggaraan dan perubahan perlu dibuat pada program yang telah siap seperti tidak menepati kehendak pengguna. Sekiranya pendokumenan tidak lengkap dan dikemaskini, penyenggaraan program akan menjadi sukar kerana tiada maklumat seperti dari mana enyenggaraan hendak dimulakan.

Dokumentasi juga penting untuk program yang telah disiapkan. Ia untuk memberi penerangan mengenai :

  • cara penggunaan

  • matlamat program

  • aktiviti atau latihan jika ada

  • nombor atau alamat dihubungi jika berlaku masalah penyenggaraan
6) Menyenggara

Proses terakhir dalam pembangunan sistem maklumat. Sistem maklumat organisasi akan diedit dan penilaian berjadual akan dibuat. Perubahan akan dibuat mengikut keadaan dan keperluan semasa