INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu

slideKIKBM_
PENGENALAN

Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu di ATMA telah ditubuhkan hasil daripada Konsortium Pengajaran Indonesia dan Melayu (COTIM) pada tahun 1999. Pada permulaannya hanya terdapat dua orang pelajar sahaja dari Amerika Syarikat, dan kini lebih daripada 300 orang pelajar dari pelbagai negara, termasuk Australia, Kanada, England, Finland, Jerman, Perancis, Jepun, Hong Kong, Iran, New Zealand, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Vietnam telah menamatkan kursus pada tahap yang berbeza. Di samping itu, Universiti Sains Gunaan Konstanz (Jerman), La Trobe University (Australia), Universiti Pengajian Asing Tokyo (Jepun), Universiti Setsunan (Jepun) dan Pertubuhan Pelancongan Korea (Korea Selatan) telah mengakuiĀ  dan mengiktiraf pengajaran kursus bahasa Melayu.


 

Sijil

Semua pelajar akan diberikan sijil dan laporan yang mengesahkan tahap, peringkat dan tempoh pengajian masing-masing selepas berjaya menamatkan kursus.

Kursus dan Tempoh

Terdapat enam tahap dalam kursus ditawarkan, bermula dengan tahap 1 dan berakhir di aras tinggi iaitu tahap 6. Kursus ini terdiri daripada 100 jam dengan mengandungi beberapa kaedah iaitu 80 jam (termasuk kaedah membaca, bercakap dan kemahiran menulis), dan 20 jam lagi praktikal (termasuk bengkel, bersiar-siar dan lawatan lapangan). Guru-guru terdiri daripada penceramah Melayu yang akan membawa semua peserta melalui pengajian intensif selama 4-5 minggu. Setiap kursus juga boleh disesuaikan mengikut keperluan pelajar.

Yuran Kursus

Yuran keseluruhan kursus di setiap peringkat berharga RM 1,800 dan boleh bermula pada bila-bila masa dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pelajar. ATMA juga menawarkan Kursus Intensif Individu (bersemuka) dengan RM 5,400.00 (100 jam). Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun atas permintaan dan mengikut permintaan pelajar. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga hari pertama bermula ia berkuatkuasa. Setelah kursus bermula, tiada bayaran balik boleh dilakukan. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar di ATMA seperti alamat yang diberi.

Penilaian

Satu pra-ujian lisan dan bertulis akan diadakan sebelum bermulanya setiap kursus, selain daripada kursus peringkat asas (tahap 1 dan peringkat 1), untuk menentukan tahap kecekapan pelajar dalam bahasa Melayu sebelum bermulanya kursus.


 

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai kursus, penginapan, pengangkutan dan makanan di dalam dan sekitar kampus UKM, sila hubungi kami di alamat:

Penyelaras,
Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu
Institut Alam dan Tamadun Melayu
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tel: 603-89214737| Fax: 603-89254698
Email: kikbm.atma@ukm.edu.my;pghatma@ukm.edu.my

Skip to content