INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

Yuran, Tempoh Kursus & Visa Pelajar

Kursus dan Tempoh

Terdapat tujuh tahap dalam kursus ditawarkan, bermula dengan tahap 1 dan berakhir di aras tinggi iaitu tahap 7. Kursus ini terdiri daripada 100 jam dengan mengandungi beberapa kaedah iaitu 80 jam (termasuk kaedah membaca, bercakap dan kemahiran menulis), dan 20 jam lagi praktikal (termasuk bengkel, bersiar-siar dan lawatan lapangan). Guru-guru terdiri daripada penceramah Melayu yang akan membawa semua peserta melalui pengajian intensif selama 5 minggu. Setiap kursus juga boleh disesuaikan mengikut keperluan pelajar.

 

Yuran Kursus

Yuran keseluruhan kursus di setiap peringkat berharga RM 1,800 dan boleh bermula pada bila-bila masa dengan sekurang-kurangnya tiga (3) pelajar. ATMA juga menawarkan Kursus Intensif Individu (bersemuka) dengan RM 4,500.00 (100 jam). Kursus ini ditawarkan sepanjang tahun atas permintaan dan mengikut permintaan pelajar. Pembayaran hendaklah dibuat dalam tempoh tiga hari pertama bermula ia berkuatkuasa. Setelah kursus bermula, tiada bayaran balik boleh dilakukan. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar di ATMA seperti alamat yang diberi.

 

Visa pelajar

Visa Pelajar hendaklah diuruskan untuk pelajar yang mendaftar kursus untuk sekurang-kurangnya tiga bulan. Dengan Visa Pelajar, pelajar boleh memohon ID Pelajar UKM untuk menggunakan semua kemudahan yang ditawarkan oleh Universiti.

Penilaian

Satu pra-ujian lisan dan bertulis akan diadakan sebelum bermulanya setiap kursus, selain daripada kursus peringkat asas (tahap 1 dan peringkat 1), untuk menentukan tahap kecekapan pelajar dalam bahasa Melayu sebelum bermulanya kursus.

Skip to content