Bengkel Tatacara dan Penulisan Sorotan Kepustakaan untuk Tesis

 

Menjalankan sorotan kepustakaan adalah salah satu pra-syarat bagi sesuatu kertas cadangan kajian sebelum kajian dijalankan. Jika tatacara sorotan kepustakaan dijalankan dengan betul dan teliti, ia membantu pengkaji mengenalpasti lompang dalam kajian lepas dengan baik; justeru, ia memberi justifikasi mengapa kajian yang dicadangkan itu boleh atau perlu dijalankan. Penulisan sorotan kepustakaan dalam tesis pula mempunyai formatnya yang tersendiri. Persembahan diskusi sorotan kepustakaan yang kritis serta menyeluruh menjadikan sesuatu tesis itu mantap dan meyakinkan. Bengkel ini akan membimbing peserta untuk menjalakan tatacara sorotan kepustakaan yang baik dan menulis sorotan kepustakaan dalam tesis dengan lebih menyakinkan.