Hari Keusahawanan Mini ATMA

pb_usahawannov

Sukacita dimaklumkan bagi memupuk budaya keusahawanan di kalangan pelajar Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), kami akan menganjurkan Hari Keusahawanan Mini ATMA yang berkonsepkan carboot sale pada tarikh, masa dan tempat berikut:
 
Tarikh: 25 November 2016 (Jumaat)
Masa: 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat: Perkarangan Parkir ATMA
 
Pendaftaran tapak jualan dibuka kepada semua. Sila hubungi urusetia di talian 03-8921 5280/4737 untuk sebarang pertanyaan. Semua dijemput untuk hadir dan memeriahkan disamping memberi sokongan kepada pelajar dan program ini.