Seminar Antarabangsa ke-8 Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu

Institut Alam dan Tamadun Melayu dengan kerjasama Institut Alam Sekitar & Pembangunan (LESTARI) UKM, Universitas Riau, Pekanbaru, Riau, Indonesia, Persatuan Pengurusan Persekitaran Malaysia (EMS) akan menganjurkan SEMINAR ANTARABANGSA KE- 8, EKOLOGI, HABITAT MANUSIA & PERUBAHAN PERSEKITARAN DI ALAM MELAYU pada 21 dan 22 September 2015.

Sehubungan itu, pihak ATMA amat berbesar hati mengundang para pengkaji, ahli akademik, para pelajar siswazah, dan pencinta warisan budaya Melayu dan Alam sekitar untuk menghantar kertas kerja untuk dibentangkan dalam seminar berkenaan.Tarikh penting dan kadar bayaran adalah seperti berikut:

Tarikh : 21 dan 22 September 2015
Tempat : Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Syah, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM, Langkawi, Kedah.

Tarikh akhir penghantaran kertas kerja:
Abstrak : 20 Ogos 2015
Kertas Penuh : 4 September 2015

Kadar bayaran:
pembentang: RM 450.00
Ahli EMS: RM 350.00
Peserta: RM 250.00

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi:
Urusetia
Seminar Antarabangsa Ke-8,
Ekologi, Habitat Manusia & Perubahan Persekitaran di Alam Melayu
Institut Alam dan Tamadun Melayu, ATMA
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM
43600 Bangi, Selangor

Tel: 603-8921 5280 / 3694
Faks: 603-8925 4698
Email: ziskandar@ukm.edu.my