Seminar Tajwid Santai Kaedah Haraki

Sinopsis

Ramai pelajar Kaedah Haraki yang boleh membaca al-Quran dengan tajwid yang betul walaupun mereka sendiri tak tahu nama hukum Tajwid?

Dalam Kaedah Haraki, kita menekankan untuk membaca al-Quran bertajwid. BUKAN membaca al-Quran dan MENGHAFAL nama hukum tajwid.

Dengan gerakan dan tarian unik Kaedah Haraki, saya telah simpulkan keseluruhan hukum-hukum tajwid yang banyak itu tadi kepada 13 tarian sahaja.

Ya! Dari banyak-banyak tu, hanya perlu hafal 13 gerakkan sahaja sudah memadai untuk anda menguasai bacaan al-Quran secara bertajwid.

Yang penting, baca al-Quran mesti dengan tajwid yang betul. Tapi tak semestinya kena hafal semua nama hukum tajwid.

Dalam Buku Bijak Tajwid Kaedah Haraki, peserta akan diterangkan secara santai dan sangat mudah untuk anda fahami bagaimana tarian-tarian unik tersebut digunakan semasa membaca al-Quran.

JANGAN RISAU! Buku ini telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa dan telah disahkan HALAL untuk digunakan oleh masyarakat Islam

———

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603 8921 5280
Faks: 603 8925 4698
Emel: pghatma@ukm.edu.my