Siri Wacana ATMA: Muslim Melayu Penemu Australia: Satu Cabaran Fakta Sejarah

 

Sinopsis

Australia sering disebut sebagai tanah yang dijumpai pertama kalinya oleh penjelajah Inggeris bernama Kapten James Cook. Pastinya ketika Kapten James tiba di pulau besar ini sudah ada penduduk peribumi dan juga penduduk pendatang yang sudah menghuni di Australia. Penelitian dan pengkajian sejarah mutakhir di Benua Kangguru menunjukkan terdapat fakta yang bahawa pelaut Muslim Melayu (Bugis-Makasar) yang pertama kali berlabuh di sana sejak abad ke 15 lagi. Pada awal abad ke 17, Belanda telah tiba di Australia dan diikuti dengan orang Inggeris yang mendarat di pantai timur Australia iaitu Sydney dan New South Wales.

Bukti penemuan artifak dalam kajian arkeologi menunjukkan adanya elemen pengaruh Melayu Bugis dari Makassar. Beberapa sarjana barat dan timur juga mendakwa bahawa orang Melayu telah bermukim dan berniaga di pulau besar ini lebih awal sebelum kedatangan Kapten James Cook yang di isytihar dalam buku sejarah tulis Inggeris sebagai penemu pulau Australia.

Menjadi kelaziman apabila sesebuah kawasan atau tanah besar dijelajah atau ditawan, maka penulis dari kalangan penjelajah atau penjajah akan menulis sejarah mengikut kaca mata mereka. Setelah puluhan tahun kajian demi kajian dijalankan terdapat fakta-fakta baru dari perspektif bukan dari barat yang perlu diberi perhatian agar dokumentasi sejarah perlu melalui proses nyahbelajar (unlearn,), belajar semua (re-learn) dan terus belajar (continuous learning).

Wacana ini akan mengupas fakta sejarah Australia, penemuan nya, penduduk peribumi Australia, dan aktiviti masyarakat Australia sejak abad ke 15 dan bagaimana orang Melayu Islam khusus dari Makassar pernah bertapak lebih awal di pulau besar ini.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603 8921 5280
Faks: 603 8925 4698
Emel: pghatma@ukm.edu.my