Siri Wacana ATMA- Seni Silat Melayu: Persatuan Silat Chekak Silat Papan Sekeping Malaysia & Majlis Konvokesyen PSCSPSM

 

Sinopsis

ATMA terus beriltizam bagi meneruskan usaha pendokumentasian bahan seni silat Melayu untuk Data Raya dalam Portal Malaycivilization.com.my. Kini telah terhimpun 6 video wacana silat dan 7 kertas ilmiah mengenai seni silat Melayu untuk menjadi bahan rujukan kepada pelajar, penyelidik dan sarjana.

Wacana kali ini mengundang Seni Silat Chekak Silat Papan Sekeping bagi berkongsi maklumat mengenai Sejarah, Falsafah, Amalan dan Perkembangan persatuannya. Ahli-ahli panel dari persatuan silat ini akan mengupas aspek-aspek yang telah diberikan. Adalah diharapkan orang awam dapat sertai Wacana ini dan memahami serta menghayati satu daripada kekuatan jati diri budaya dan warisan orang Melayu ini. Hasil wacana ini akan menjadi satu lagi bahan koleksi untuk melengkapkan lompang dalam Data Raya Seni Silat Melayu.

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA),
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 UKM, Bangi
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: 603 8921 5280
Faks: 603 8925 4698
Emel: pghatma@ukm.edu.my
www.atma.ukm.my