Siri Wacana Cendekiawan ATMA: Pola Spina Bifida Seumur Hidup dalam Alam Melayu: Pendidikan, Pencegahan & Perlindungan

 

Sinopsis

Pola Spina Bifida Seumur Hidup dalam Alam Melayu: Pendidikan, Pencegahan, dan Pemulihan

Spina Bifida (dalam bahasa Latin bermaksud tulang belakang terbelah), adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural. Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Ia boleh berlaku pada semua kaum. Statistik menunjukkan spina bifida banyak berlaku ke atas etnik Melayu. Bolehkah ia dicegah? Apakah makanan menjadi punca? Atau genetik? Apakah bayi dalam perut boleh dikategorikan terus sebagai OKU sejurus ia dilahirkan? Apakah ada punca lain yang kita tidak tahu? Apakah peruntukan undang-undang dan kebajikan yang ada bagi membela mereka? Apakah kemudahan rawatan, kemudahan kerusi roda, kemudahan awam yang perlu diberikan kepada mereka?

Wacana ini membariskan 3 pesakit spina bifida yang sengsara mengharungi hidupnya yang sukar; dan salah satunya telah berjaya memperolehi ijazah Ph.D. Bagaimana dengan yang lain? Wacana ini membawakan pakar bedah yang satu-satunya terlibat dalam pembedahaan membetulkan kedudukan tulang spina jika dikehendaki kerana ia melibatkan kos yang tinggi, dan seorang pakar undang-undang yang bicarakan hal undang-undang dan pembelaan ke atas golongan pesakit spina bifida ini.