Siri Wacana Cendekiawan ATMA: Apakah Kuala Lumpur dibuka oleh Yap Ah Loy?

Sukacita di maklumkan bahawa Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), UKM akan mengadakan Wacana Ilmiah dengan perincian seperti berikut:

Tarikh : 18 Julai 2017 / Selasa
Masa : 9.30 Pagi
Tajuk: Apakah Kuala Lumpur Dibuka oleh Yap Ah Loy?
Oleh: Dato’ Ar. Haji Hajeedar Abdul Majid dan Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim
Tempat : Bilik Senat, Bangunan Canselori UKM

Dijemput semua untuk turut hadir.

Pra-pendaftaran: Sila klik di sini untuk daftar


Sinopsis

Sejarah mengenai Kuala Lumpur telah ditulis oleh pelbagai pihak: penjajah, ahli sejarah berpendidikan barat, dan ahli sejarah berpendidikan tempatan. Malah ada juga penulisan mengenainya dalam kalangan orang awam yang menjadi waris kepada penduduk asal Kuala Lumpur sebelum Yap Ah Loy muncul di Tanah Melayu. Banyak tulisan rencana dan buku sejarah yang memaparkan bahawa Yap Ah Loy membuka Kuala Lumpur. Sejauh manakah kebenarannya? Apakah penulisan sejarah oleh orang Inggeris mengenai sejarah Kuala Lumpur bersandarkan kepada kepentingan tertentu suatu masa dahulu? Apakah penulisan dalam buku sejarah yang digunakan di sekolah dan institusi pengajian tinggi hanyalah terjemahan dari buku sejarah yang ditulis oleh Inggeris? Wacana ini akan mengupas secara ilmiah sejarah pembukaan Kuala Lumpur yang memungkinkan generasi hari ini perlu nyah-belajar (unlearn), belajar semula (relearn) dan belajar (learn) mengenai sejarah pembukaan Kuala Lumpur. Natijah dari wacana ini diharapkan wujudnya usaha penyelidikan khusus bagi menulis semula sejarah pembukaan Kuala Lumpur.