Wacana ATMA: Etno-Sains Perubatan Alam Melayu

Wacana ini adalah lanjutan dari wacana ilmiah projek penyelidikan LRGS bertajuk Holographic Transdisciplinary Conservation LRGS/TD/2012/USM-UKM/KT/03 yang dijalankan oleh pasukan penyelidik UKM, USM dan UMS sejak Ogos 2012-Julai 2017. Jom ke Wacana ATMA 24 Ogos 2017.


Sinopsis

Setiap kumpulan etnik dalam Alam Melayu atau Benua Sunda ini mempunyai perawat tradisional dan ilmu merawat tradisional, yang bersandarkan kearifan tempatan (indigenous knowledge) sebelum tibanya perubatan allopathy (hospital) dan sebelum datangnya Islam ke Tanah Melayu. Sebahagian bahan yang digunakan dalam etno-sains perubatan adalah bersumberkan flora dan fauna serta 4 unsur lain iaitu tanah, api, air, dan angin yang berada dalam kerangka ekologi persekitaran. Apabila Islam bertapak di Alam Melayu, sebahagian kecil dari kaedah merawat dan bahan merawat digugurkan kerana tidak patuh syariah. Wacana ini membicarakan epistemologi, ontologi, metodologi dan birokasi etno-sains perubatan Alam Melayu. Ia juga membicarakan salah satu bentuk kaedah holitisk perubatan etno-sains yang diamalkan di negara ini.