Wacana ATMA: Manuskrip Melayu, Sastera Panji Merentas Sempadan Wilayah dan Budaya

Dimaklumkan Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), akan menganjurkan Wacana ATMA: Manuskrip Melayu yang akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Disember 2017 /Rabu
Tajuk : Sastera Panji Merentas Sempadan Wilayah dan Budaya-Hubungan Sastera Jawa dan Melayu
Pembentang: Dr. Noriah Mohamed (Mantan Felo Penyelidik ATMA)
Masa: 9.30 Pagi-12.00 tengah hari.
Tempat: Bilik Wacana, ATMA UKM.

Sehubungan itu, kami dengan penuh takzimnya menjemput YBhg. Prof/Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan untuk hadir menyertai wacana tersebut. Masuk adalah percuma.

Untuk pendaftaran dan pertanyaan, sila hubungi En. Ahmad Bazri di talian 03-8921 3645 / atau atau emel bazri@ukm.edu.my