Siri Wacana Cendekiawan ATMA: Pengalaman Mengkaji Hikayat Syamsul Anuar Karya Raja Aisyah Sulaiman

Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) telah dilancarkan pada tahun 2009, walaupun nama asalnya dikenali sebagai Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) yang dilancarkan oleh oleh YAB Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada tahun 1999. Lebih
awal dari itu, BBK ini bermula dengan program Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintai lah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta
(GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).

Tujuan Utama BBK adalah untuk memantapkan, memperkukuh juga mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia, menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan, dan mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan, serta menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Justeru, sempena dengan Bulan Bahasa Kebangsaan setiap Oktober, Pusat Penyelidikan Manuskrip Melayu, di ATMA menganjurkan Wacana ATMA: Pengalaman Mengkaji Hikayat Syamsul Anuar Karya Raja Aisyah Sulaiman seperti berikut:

Tarikh: 17 Oktober 2017 /Selasa
Masa: 9.00 Pagi-12.00 T.hari
Tempat: Bilik Wacana ATMA, UKM