Wacana Siri 4/ 2017 Manuskrip AhlilLah Alam Melayu

Sukacita dimaklumkan Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM, dengan kerjasama Jabatan Mufti Negeri Sembilan dan Jabatan Mufti Negeri Perak akan menganjurkan Wacana Siri 4/ 2017 Manuskrip AhlilLah Alam Melayu Peringkat Antarabangsa. Wacana Siri 4/2017 ini akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh: 1 Ogos 2017 /Selasa

Masa: 9.30 Pagi-12.30 T/Hari.
Tajuk 1: Manuskrip Usul Tarekat Shadhaliyyah Shaykh Ahmad Zarruq
Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Syukri Yeoh Abdullah
Ketua Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu (PPMAM), Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) UKM

Masa: 2.00 Ptg-4.30 Ptg
Tajuk 2: Menyingkap Rahsia Jiwa (Sirr Al-Asrar): Analisis Manuskrip Shaykh Yussuf al-Makassari
Oleh: Shaykh Rohimuddin Nawawi al-Bantan
(Pengerusi Yayasan Kerukunan Ulama Nusantara) YAKUN

Tempat: Bilik Wacana ATMA, UKM.

*Terbuka Kepada Semua
Yuran Penyertaan: Pelajar RM20/ Awam RM30 (termasuk kertas kerja & Jamuan Makan Tengah Hari)

Sehubungan itu, kami dengan penuh takzimnya menjemput YBhg. Prof/Dato’/Datuk/Dr./Tuan/Puan dan pegawai-pegawai untuk hadir menyertai wacana tersebut.

Untuk pendaftaran: sila klik disini