INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

PENGENALAN

Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) bermula sebagai Institut Bahasa, Kesusasteraan, dan Kebudayaan Melayu (IBKKM) yang telah ditubuhkan pada 1 Disember 1972. Tujuan penubuhan ATMA ialah menawar program pengajian pascasiswazah iaitu Sarjana Persuratan dan Doktor Falsafah, menjalankan penyelidikan dalam Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu serta menjadi pusat rujukan bidang- bidang tersebut. Penukaran nama IKKBM kepada ATMA pada tahun 1992 telah meluaskan kajian Alam dan Tamadun Melayu dengan penambahan beberapa tujahan baru.

Semenjak penubuhannya, ATMA berpandukan takrifan yang luas tentang Alam dan Tamadun Melayu yang mencakupi aspek kerohanian falsafah, ilmu dan pemikiran, adab dan kesantunan, budaya material, dan semua aspek kehidupan dalam kosmologi Melayu. Hamparan Alam Melayu yang luas terbentang itu meliputi tanah, samudera dan angkasa dan dipayungi oleh Akal dan Budi Melayu.

Untuk menyahut cabaran global, ATMA menampilkan tamadun Melayu sebagai peradaban yang berdaya saing, dinamik, inovatif, dan pada masa yang sama santun dan peka terhadap agama dan tradisi leluhur.

MISI

Menjadi institut terpilih yang memartabatkan bahasa dan tamadun Melayu serta mensejagatkan ilmu ketamadunan yang beracuan budaya kebangsaan berteraskan budaya Melayu.

VISI

ATMA bertekad untuk menjadi sebuah institut terulung yang menjadi pelopor inovasi dalam pembinaan ilmu pengetahuan tentang Alam dan Tamadun Melayu bagi mencapai aspirasi membentuk sebuah masyarakat bertamadun yang dinamik, barakhlak, berilmu, berkepimpinan dan berminda global.

MATLAMAT

  • Memperkukuh pengajian Pemikiran, Peradaban dan Teknologi Melayu.
  • Mengantarabangsakan pengajian Alam dan Tamadun Melayu sebagai penyumbang utama Peradaban Asia Tenggara.
  • Memperluaskan jaringan akademik dan intelek di Nusantara, Eropah, Asia Barat, Asia Tengah dan Asia Timur.


KEPIMPINAN ATMA [ IBKKM (1972-1993) & ATMA (Mei 1993) ]

Tan Sri Prof. Dr. Syed Muhammad Naquib Al-Attas

1972-1975

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

1975-1976

Prof. Datuk Dr. Ghazali Abd. Rahman

Pengerusi JK Pentadbir IBKKM (1979-1981)

Prof. Dr. Farid M. Onn

1982-1984

Prof. Dr. Ismail Hamid

1985-1987

Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Ismail Hussein

1987-1993

Prof. Emeritus Dato’ Dr. Wan Hashim Wan Teh

1993-1995

Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh

1995-1999

Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin

1999-2007

Prof. Emeritus Dr. Che Husna Azhari

2007-2008

Prof. Dr. Abdul Latif Samian

2008-2013

Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin

2014-2017

Prof. Dr. Supyan Hussin

2017– 2020

Prof. Datuk Seri Dr. Awang Sariyan

2021 – 2023

Prof. Madya Dr. Asyaari Muhamad

2023– kini