INSTITUT ALAM DAN TAMADUN MELAYU

INSTITUTE OF THE MALAY WORLD AND CIVILIZATION

Program Ijazah yang Ditawarkan

Program yang ditawarkan adalah dalam mod penyelidikan sahaja secara sepenuh masa atau separuh masa dalam pengajian berikut:

  • Sarjana Persuratan
  • Doktor Falsafah

Tempoh Pengajian

ProgramSepenuh MasaSeparuh Masa
Sarjana Persuratan2 hingga 6 semester4 hingga 8 semester
Doktor Falsafah6 hingga 12 semester8 hingga 14 semester

 

Kelayakan dan Syarat Kemasukan

Sarjana Persuratan

  1. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dalam bidang yang berkaitan dengan program yang dipohon dengan mendapat Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 3.00 atau kelulusan yang setaraf dengannya; atau
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.75 dan mempunyai sekurang-kurangnya setahun pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan; atau
  3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia, dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) sekurang-kurangnya 2.50 dan mempunyai sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman berkerja dalam bidang berkaitan.

 

Doktor Falsafah

  1. Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 3.00 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM; atau
  2. Ijazah Sarjana dalam bidang yang berkaitan dengan memperolehi Purata Nilai Gred Kumulatif minimum 2.75 dari mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh UKM dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman bekerja.


 

Keperluan Bahasa (Calon Antarabangsa)

  1. Keperluan Bahasa Melayu:
    • Calon-calon dari luar negara hendaklah mengikuti dan lulus kursus Bahasa Melayu. Pengecualian boleh diberikan kepada calon yang telah mengikuti kursus Bahasa Melayu yang setara anjuran badan lain yang diperakui oleh senat dan lulus kursus itu. Dalam kes tertentu, senat boleh memberikan pengecualian syarat keperluan Bahasa Melayu.
  1. Keperluan Bahasa Inggeris:
    • Lulus TOEFL (minimum 550); atau
    • Lulus IELTS (minimum band 5)
  1. Bagi calon luar negara yang tidak memenuhi keperluan Bahasa Inggeris di atas, dikehendaki untuk menduduki Modul Kecekapan Bahasa Inggersi (MKB) yang ditawarkan oleh Pusat Siswazah UKM dengan syarat:
    • Mencapai minimum band 4 bagi penulisan tesis dalam Bahasa Inggeris.
    • Mencapai minimum band 3 bagi penulisan tesis dalam bahasa lain.
Syarat Wajib Program

 

KeperluanProgram
Sarjana PersuratanDoktor Falsafah
Kursus Bahasa MelayuUntuk Calon Bukan WarganegaraUntuk Calon Bukan Warganegara
Kursus Kaedah PenyelidikanIIII6114  – Metodologi Penyelidikan Pengajian Alam Melayu I
(4 kredit)
IIII8014- Metodologi Penyelidikan Pengajian Alam Melayu II
(4 kredit)
Kursus Institut (ATMA)IIII6012 – Kajian Alam dan Tamadun Melayu
(2 kredit)
IIII6012 – Kajian Alam dan Tamadun Melayu
(2 kredit)
Kursus PenulisanIIII8122 -PENULISAN ILMIAH SISWAZAH
(2 kredit)
Pembentangan Penyelidikan di Kolokium Siswazah ATMA

1.    Proposal

2.    Hasil Kemajuan

3.    Laporan Akhir

1.    Proposal

2.    Hasil Kemajuan

3.    Laporan Akhir

Penerbitan
  • Sekurangnya-kurangnya satu (1) Artikel dari
    mana-mana kategori yang berikut:
    – Jurnal ERA/Scopus/WoS;
    – Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut
    atau tersenarai dalam MyJurnal
    (Malaysian Journal Management System)
    dari MyCite;
    – Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit
    tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM
    atau MAPIM.
  • Dua (2) Artikel Jurnal Berindeks
    Scopus/WoS;
    ATAU sekurang-kurangnya satu (1) Jurnal
    Scopus/WoS DAN satu (1) Artikel dari
    kategori berikut:
    – Jurnal Penerbit UKM dan Fakulti/Institut;
    – Bab dalam Buku diterbitkan oleh penerbit tersenarai dalam WoS atau Penerbit UKM
    atau MAPIM.
Bantuan Kewangan

ZAMALAH

UKM menawarkan skim bantuan kewangan dalam bentuk Zamalah dan ianya terhad kepada pelajar yang layak sahaja.

Permohonan skim Zamalah boleh dimohon secara terus ke Pusat Siswazah UKM.

Bahasa dan Gaya Tesis
  1. Semua calon dikehendaki menulis tesis dalam Bahasa Malaysia. Kebenaran untuk menulis dalam Bahasa Inggeris perlu dipohon kepada Jawatankuasa Siswazah ATMA dan Senat.  
  2. Tesis perlu ditulis mengikut Panduan Menulis Tesis Gaya UKM (templat: http://www.ukm.my/pusatsiswazah/templat-gayaukm)
Permohonan Kemasukan

Permohonan dibuka sepanjang tahun dan boleh dibuat secara atas talian. Kami  mempelawa permohonan untuk mengikut program ijazah Sarjana Persuratan atau Doktor Falsafah ATMA.

 

Permohonan boleh dibuat melalui sistem Join UKM (https://www.ukm.my/join).

 

Sistem permohonan ini adalah ditadbir oleh Pusat Pengurusan Akademik (PPA) yang boleh dihubungi di talian 03-8911 8455/8453/8389/8425 dan laman sesawang mereka ialah (www.ukm.my/akademik)

Untuk maklumat lanjut mengenai Program Pengajian ATMA, sila hubungi:

Pengarah ATMA
Tel: (+603) 8921 5254
E-mel: pghatma@ukm.edu.my

Timbalan Pengarah ATMA
Tel: (+603) 8921 5131
E-mel: tpghatma@ukm.edu.my

Penolong Pendaftar Kanan
Tel: (+603) 8921 5285
E-mel: ppatma@ukm.edu.my

Talian am mengenai Program Pengajian ATMA: 03-8921 5280