Aktiviti QAR

Program Penilaian Keberkesanan Kualiti {Quality Assurance Review (QAR)} Di Unit Audit Dalam UKM.

 

1.1 Untuk memastikan peningkatan kualiti yang berterusan dan memberikan

nilai tambah kepada fungsi audit, Unit Audit Dalam UKM (UAD UKM) telah

merancang untuk melaksanakan program Penilaian Keberkesanan Kualiti

{Quality Assurance Review (QAR)} sebagai agenda utama untuk jaminan

kualiti dan penambahbaikannya bermula tahun 2013. UAD bercadang untuk

mendapatkan penarafan tersebut daripada The Institute of Internal Auditors

Malaysia (IIA Malaysia) yang dijangkakan pada tahun 2015. Mesyuarat

Jawatankuasa Audit Bil. 1/2013 bertarikh 14 Februari 2013 telah bersetuju

memperaku dan meluluskan pelaksanaan Program QAR Di Unit Audit Dalam

UKM.

1.2 Usaha untuk melaksanakan QAR ini juga adalah selaras dengan keputusan

Mesyuarat Bersama Ketua Audit Dalam IPTA bilangan 3/2011 yang telah

bersetuju menerima pelaksanaan QAR sebagai alat penilaian prestasi Audit

Dalam IPTA.

1.3 Melalui pelaksanaan QAR ini, satu penilaian akan dibuat oleh penilai bebas yang

berkelayakan daripada organisasi luar bagi memastikan sama ada aktiviti UAD

UKM adalah selaras dengan :

(1) Definisi Audit Dalam (Internal Auditing);

 

2.0 PELAN TINDAKAN PELAKSANAAN PROGRAM QAR

 

2.1 Pelaksanaan program QAR akan dilakukan secara berperingkat iaitu :

(1) Kesedaran

(2) Penyediaan dokumen

(3) Peringkat pelaksanaan

(a) Rangkakerja pelaksanaan; dan

(b) Penyediaan manual

(a) Semakan dalaman IPTA (Self review) – tahun 2013

(b) Semakan antara Audit Dalam IPTA (Peer review) – tahun 2014

(c) Semakan Luaran (External review) – tahun 2015

(4) Peringkat Penambahbaikan

2.2 Di antara pelan tindakan yang telah dilaksanakan bagi program QAR ini adalah

seperti berikut :

(2) Piawaian Antarabangsa bagi Amalan Profesional Audit Dalam

(International Standards for the Professional Practice of Internal Auditing);

dan

(3) Penilaian sama ada Juruaudit Dalam UKM menggunapakai Kod Etika.

1.4 Program QAR ini juga menilai kecekapan dan keberkesanan aktiviti UAD UKM

dan mengenal pasti peluang untuk penambahbaikan.

2013 & 2014

Perancangan Pelaksanaan
Menubuhkan Jawatankuasa Khas QAR UAD UKM.
  • Telah diluluskan oleh Mesyuarat Pegawai UAD Bil. 5/2013 bertarikh 12 Mac 2013.
Menganjurkan Bengkel/Taklimat Kesedaran QAR dengan menjemput penceramah dari IIA Malaysia.
  • Taklimat Kesedaran QAR kepada semua kakitangan UAD telah diadakan pada 20 Februari 2013 (Rabu) bertempat di Danau Golf Resort, UKM yang disampaikan oleh Puan Norhayati dan Puan Sivamalar dari IIA Malaysia.
Mempelajari “Risk Based Audit Planning” daripada UAD IPTA yang telah melaksanakannya.
  • Telah mengadakan Lawatan Kerja Ke UAD UiTM Shah Alam pada 30 April 2013 (Selasa) bagi tujuan ini di samping bertukar-tukar fikiran mengenai gerak kerja Audit Dalam masing-masing.
Menjadikan QAR sebagai salah satu agenda tetap dalam Mesyuarat Pegawai UAD.
  • Telah dimasukkan sebagai salah satu agenda tetap.
Perancangan Audit Berasaskan Risiko
  • Peringkat Mengklasifikasi Indeks Risiko PTJ Di UKM dan PPUKM.
  • Perbincangan dengan Pejabat Pengurusan Risiko (PPR) bagi mendapatkan maklumat mengenai risiko PTJ dan risiko Universiti – sehingga kini 2 kali sesi perbincangan telah dibuat iaitu pada 6 Jun 2014 dan 14 Julai 2014.