AUDIT BADAN PERSIJILAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI PERKHIDMATAN (SPK3P) MS ISO 9001:2015

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015 Sistem Pengurusan Kualiti Pengurusan Pengajian dan Perkhidmatan UKM (SPK PPP) telah dijalankan di Unit Audit Dalam (UAD), UKM pada 14 Julai 2023 (Jumaat).

Pengauditan telah dilaksanakan oleh Pn. Arfa Atirah Arshad daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd. yang mana skop pengauditan adalah prosedur teras perkhidmatan pengauditan UAD bagi tahun 2022 dan 2023.

Audit Pengawasan MS ISO 9001:2015 ini dijalankan adalah bagi memastikan sistem kualiti yang dibangunkan telah dilaksanakan dan terpelihara. Di antara semakan yang dilakukan oleh Pn. Arfa Atirah adalah terhadap sampel fail audit terpilih di samping semakan ke atas penemuan audit dalaman SPK PPP, program tahunan audit, jadual mesyuarat Jawatankuasa Audit, daftar risiko UAD, aduan dan maklum balas pelanggan dan penilaian prestasi pembekal. Hasil daripada pengauditan tersebut, UAD telah berjaya melepasi pengauditan dengan jayanya tanpa sebarang penemuan.

Ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam menjayakan sesi pengauditan ini