PENAFIAN l HAK CIPTA l DASAR PRIVASI l DASAR KESELAMATAN Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 9.0, Google Chrome dengan resolusi 1024x768 Unit Audit Dalam, Universiti Kebangsaan Malaysia l Tel: 603 8921 3850 Faksimili: 603 8921 5589  E-mel: kuad@ukm.my Dibina dan diselenggara oleh Webmaster UAD / Copyright © Universiti Kebangsaan Malaysia. Tarikh akhir dikemaskini: 15 APRIL2014 Fungsi Jawatankuasa Audit Fungsi UTAMA Jawatankuasa Audit ialah:-  o Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya.  o Mengkaji keberkesanan dan kemampuan sistem pengawalan dari dalam.  o Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta  penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar.  o Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada Lembaga  Pengarah.  o Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan  kewangan lain yang dikeluarkan.   o Mengkaji dan menasihat Lembaga Pengarah berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di atas aktiviti yang  tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh Lembaga  Pengarah.  o Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah serta tatakelakuan pegawai/kakitangan  dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam urusan Universiti.  o Memastihan bahwa Universiti sentiasa mengubahsuai perlaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku  dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh Institut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan  Antarabangsa.  o Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah dari semasa ke semasa.  o Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan dan orang awam yang didapati telah melakukan sebarang  penyelewengan, untuk tindakan yang sesuai.  o Meneliti dan mengkaji Laporan Ketua Audit Negara serta kertas kerja yang berkaitan dengan bidang tugas audit dan  membentangkan laporan setiap suku tahun di Mesyuarat Lembaga Pengarah.