Aktiviti ISO

Mesyuarat Majlis Inovasi Universiti Bil. 1/2010 telah bersetuju supaya pusat-pusat tanggungjawab yang mengendalikan perkhidmatan di UKM digabungkan di bawah satu pensijilan iaitu MS ISO 9001:2008 Sistem Pengurusan Kualiti Perkhidmatan (SPKP). Unit Audit Dalam (UAD) telah dikenalpasti sebagai salah satu daripada dua belas PTj dalam fasa pertama menuju ke arah pensijilan MS ISO 9001:2008 SPKP tersebut. Secara rasminya Unit Audit Dalam menyertai SPKP pada Oktober 2011.

Prosedur kerja yang telah dibangunkan oleh UAD bagi pensijilan MS ISO adalah UKM-SPKP-UAD-PK01 : Pengauditan di mana prosedur kerja ini menjelaskan proses kerja pengauditan dilaksanakan bermula dari perancangan sehingga pelaporan dan tindakan susulan.

Setelah memperolehi pensijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2012, Unit Audit Dalam (UAD) bersama-sama Jabatan Perkhidmatan lain di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah berjaya menaiktaraf kepada versi standard yang baru iaitu kepada MS ISO 9001:2015 berkuatkuasa dari 16 Mac 2016 sehingga 17 Januari 2019.

Pelan perubahan ini telah bermula semenjak awal tahun 2016 dengan pelbagai kursus dan taklimat yang dirancang oleh pihak Pusat Jaminan Kualiti, UKM. Perubahan ketara yang dapat dilihat pada MS ISO9001:2015 adalah tumpuan kepada pengurusan risiko.

Bagi mencapai matlamat ini, pihak UAD telah menstruktur semula jawatankuasa yang terdapat dalam Jawatankuasa Kualiti UAD dengan mewujudkan Jawatankuasa Risiko dan mengabungkan Jawatankuasa Analisis Data & CAPA bersama Jawatankuasa Ketidakpatuhan Perkhidmatan (NCP) menjadi Jawatankuasa Analisis Data, CAPA &NCP supaya selari dengan Jawatankuasa yang diwujudkan di peringkat induk UKM.

 

Jawatankuasa-jawatankuasa yang berada di bawah Jawatankuasa Kualiti UAD adalah seperti berikut:

  1. Jawatankuasa Dokumentasi
  2. Jawatankuasa Analisis Data, CAPA &NCP
  3. Jawatankuasa Audit Dalaman
  4. Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pembekal
  5. Jawatankuasa Aduan & Maklum Balas Pelanggan
  6. Jawatankuasa Pengurusan Risiko
  7. Jawatankuasa Latihan
  8. Jawatankuasa Laman Web
  9. Jawatankuasa 5S
  10. Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan
  11. Jawatankuasa Quality Assurance Review (QAR)

 

Daripada awal penyertaan dalam SPKP iaitu tahun 2011 sehingga bulan Mac 2019, UAD telah melalui beberapa siri pengauditan baik dalaman mahupun luaran.Jadual berikut menunjukkan pengauditan yang telah dilaksanakan ke atas UAD.