BENGKEL PERANCANGAN PROGRAM AUDIT BERASASKAN RISIKO (RBIA) BAGI TAHUN 2018 SEHINGGA TAHUN 2020.

Unit Audit Dalam telah mengadakan Bengkel Perancangan Program Audit Berasaskan Risiko (RBIA) Bagi Tahun 2018 Sehingga Tahun 2020 pada 20 – 21 November 2017 (Isnin & Selasa), bertempat di Bilik Mesyuarat UAD, UKM. Bengkel ini melibatkan semua kakitangan Unit Audit Dalam yang melaksanakan tugasan pengauditan (13 orang).

Tujuan bengkel ini diadakan adalah untuk membincangkan perancangan program audit berasaskan risiko (RBIA) bagi tempoh 3 tahun iaitu bagi tahun 2018 hingga 2020 selaras dengan cadangan IIAM yang dinyatakan dalam laporan penilaian QAR di UAD UKM bertarikh 10 Ogos 2017. Perbincangan ini dibuat berdasarkan maklumat audit universe merangkumi Pusat Tanggungjawab (PTJ), proses sepunya PTJ dan proses khusus PTJ serta maklumat risiko IT. Penilaian risiko bagi audit universe telah dibuat bagi menentukan tahap risikonya sama ada berisiko tinggi, sederhana atau rendah dengan keutamaan pemilihan program pengauditan diberikan kepada audit universe yang berisiko tinggi dan sederhana.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Ketua Unit Audit Dalam UKM, En. Ishak Md Saboo. Hasil perbincangan, sebanyak 37 tajuk audit di UKM dan 14 tajuk audit di PPUKM telah berjaya dicadangkan yang mana tajuk-tajuk ini telah dibahagikan mengikut tahun 2018, 2019 dan 2020. Cadangan tajuk pengauditan berserta justifikasinya akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Audit UKM Bil. 4/2017 yang dijadualkan pada bulan Disember 2017 ini.

Semoga dengan terhasilnya perancangan program audit berasaskan risiko bagi tempoh 3 tahun ini akan menyumbang kepada perancangan strategik Unit Audit Dalam UKM yang seterusnya mampu menambahbaik keberkesanan pengurusan risiko, kawalan dalaman dan tadbir urus UKM termasuk Pusat Tanggungjawab di bawahnya. Ucapan tahniah kepada warga Unit Audit Dalam yang terlibat di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan untuk menjayakan bengkel ini.