Hari Bertemu Pelanggan 2014

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) pada 9 Oktober 2014 (Khamis) bersama-sama dengan PTj SPKP yang lain iaitu Jabatan Bendahari, Jabatan Pendaftar, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM), Pusat Teknologi Maklumat (PTM) dan Pejabat Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (PKKP). Aktiviti ini merupakan salah satu usaha untuk mendekati pelanggan bagi mendapatkan maklumbalas dan cadangan mahu pun aduan. Objektif HBP diadakan adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan mengemukakan pertanyaan, cadangan dan aduan kepada Unit Audit Dalam UKM.
HBP juga merupakan sebagai langkah mewujudkan budaya mesra pelanggan ke arah peningkatan imej Unit Audit Dalam. Memberi ruang kepada pelanggan mengetahui maklumat terkini tentang perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan. Menjadikan maklumbalas pelanggan sebagai input untuk perancangan dan penilaian perkhidmatan Unit Audit Dalam. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga UAD yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung dalam menjayakan program ini.