Kursus Audit Strategik dan Audit Berasaskan Risiko

DSC_0515

Unit Audit Dalam telah menganjurkan kursus dalaman bertajuk Audit Strategik dan Audit Berasaskan Risiko pada 19-20 Januari 2015 di Hotel Puri Pujangga UKM. Objektif  kursus ini adalah untuk mempelajari dan memahami proses pengauditan strategik dan pengauditan berasaskan risiko dari perancangan, pelaksanaan sehingga kepada pelaporan. Kursus ini disertai oleh 17 orang kakitangan UAD UKM yang terdiri daripada Ketua Audit (W52), Juruaudit Dalam Kanan (W44), Juruaudit (W41), Penolong Juruaudit (W27), Pembantu Juruaudit (W17) dan Pembantu Tadbir (P/O) (N17).  Ianya telah disampaikan oleh penceramah yang dijemput khas daripada Universiti Malaya (UM) iaitu Dr. Nurmazilah Dato’ Mahzan (Pensyarah Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, UM). Diharapkan kursus yang dihadiri dapat memberi panduan kepada juruaudit untuk menjalankan pengauditan strategik dan pengauditan berasaskan risiko yang dapat memberi impak positif kepada PTj yang diaudit serta kepada Universiti.