Kursus Pengauditan Berasaskan “COSO Framework”

Persekitaran yang semakin mencabar menyebabkan satu pradigma atau perancangan yang rapi perlu dibuat bagi membolehkan pengauditan yang efisyen dan mantap dapat dijalankan. Penambahbaikan dalam pengisian laporan dan juga teknik pengauditan yang berkesan perlu diterapkan bagi memastikan objektif pengauditan tercapai. Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan UAD dan dibantu oleh Unit Latihan, UAD mengambil langkah menganjurkan satu latihan yang dapat menerapkan kaedah percambahan ilmu yang baru.

Latihan pengauditan yang berasaskan teknik “COSO Framework” telah dijalankan pada 4 & 5 Oktober 2017 bertempat di Bilik Seminar 1, Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan (FEP) UKM. Latihan itu di bawah bimbingan En. Norazlisham Mohd Amin, beliau mempunyai 18 tahun pengalaman dalam bidang pengauditan dan perakaunan. Selain daripada itu, beliau juga mempunyai kepakaran di dalam bidang pengauditan sistem.

Sepanjang kursus dijalankan banyak perkara baru diajar yang mungkin boleh diterapkan di dalam pengauditan yang akan atau sedang dijalankan. Pengolahan bahan yang diberi disamping penggabungan pengalaman menjadikan penyampaian ilmu bertambah menarik dan boleh dijadikan sumber rujukan kakitangan di UAD.

Bagi menghargai penerapan ilmu yang disampaikan oleh En.Norazlisham Mohd Amin, serangkap pantun dihadiahkan kepada beliau:

Tepian sawah pinang berjajar

Mentari bersinar di tanah bentan

Segala bimbingan tunjuk dan ajar

Tidak terbalas segunung intan.