Kursus Perolehan

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan kursus perolehan pada 26 Mei 2015 (Selasa) bertempat di Hotel Puri Pujangga UKM. Seramai 17 orang kakitangan daripada Unit Audit Dalam dan seorang Juruaudit daripada UKM Holdings telah menghadiri kursus berkenaan. Objektif kursus ini adalah untuk mempelajari dan menambah ilmu mengenai isu-isu perolehan berdasarkan penemuan-penemuan audit yang telah ditemui. Kursus ini juga dijalankan secara dua hala di mana peserta yang terlibat turut memberi pandangan dan berkongsi pengalaman yang dilalui semasa menjalankan pengauditan sebelum ini berkaitan dengan isu perolehan. Kursus ini telah disampaikan oleh En.Ishak Md. Saboo (Ketua Audit Dalam UKM) selaku Fasilitator. Diharapkan program/kursus ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana memberi manfaat kepada peserta yang hadir.