Lawatan Kerja ke Bahagian Audit Dalam, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Unit Audit Dalam UKM telah mengadakan mengadakan lawatan kerja ke Bahagian Audit Dalam (BAD) UPM pada 11 Jun 2015 (Khamis). Seramai 8 orang kakitangan yang terlibat  dalam lawatan ini  terdiri daripada Ketua Audit Dalam, pegawai-pegawai dan ahli Jawatankuasa QAR Unit Audit Dalam,  UKM.

Objektif utama lawatan kerja ini adalah untuk :

  1. Membuat penandaarasan (benchmarking) terhadap beberapa perkara berhubung dengan pelaksanaan auditan terutamanya berkaitan kertas kerja audit yang diamalkan di BAD UPM dan perancangan program pengauditan berasaskan risiko;

  2. Bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman berkaitan bidang tugas masing-masing; dan

  3. Meluaskan rangkaian dan mengeratkan hubungan antara Unit Audit Dalam UKM dengan Bahagian Audit Dalam UPM.

Diharapkan pengetahuan yang diperolehi daripada sesi lawatan kerja ini akan dimanfaatkan bagi membantu UAD UKM dalam menambahbaik kertas kerja pengauditan dan perancangan program pengauditan berasaskan risiko yang sedia ada selaras dengan keperluan Quality Assurance Review (QAR) bagi meningkatkan mutu perkhidmatan audit di UKM.