LAWATAN KERJA KE GROUP INTERNAL AUDIT DIVISION UMW CORPORATION SDN. BHD.

Pada 24Julai 2019 (Rabu), seramai 9 orang staf UAD UKM terdiri daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Kualiti UAD UKMyang diketuai oleh Ketua UAD UKM telah mengadakan Lawatan Kerja Ke Group Internal Audit Division UMW Corporation Sdn. Bhd. diMenara UMW Corporation, Kuala Lumpur. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bagi bertukar pandangan dan berkongsi pengalaman Group Internal Audit Division UMW Corporation Sdn. Bhd.berkaitan dengan aktiviti pengauditan yang telah dilaksanakan meliputi perancangan audit berasaskan risiko, prosedur audit (termasuk pelaksanaan ISO), pelaporan audit dan pelaksanaan program semakan jaminan kualiti (QAR).

UAD UKM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Group Internal Audit Division UMW Corporation Sdn. Bhd.di atas kesudian menerima kehadiran UAD UKM. Semoga ilmu dan maklumat yang telah dikongsikan akan dapat memberikan manfaat dan membantu pihak UAD UKM dalam memantapkan lagi aktiviti pengauditan yang dilaksanakan.