Lawatan Kerja Pejabat Unit Audit Dalam Universiti Teknikal Malaysia, Melaka.

Pada 08 Mac 2018 (Khamis), seramai 3 orang pegawai daripada Pejabat Audit Dalam, Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTEM) yang diketuai oleh Ketua Juruaudit UTEM iaitu Puan Nor Atekah Omar @ Mahmud bersama dengan staf beliau Puan Suriyanty Kasban dan Puan Norhayati Suandi. Delegasi dari UTEM telah disambut oleh En. Jamali Shamsuddin dan para pegawai yang lain. Tujuan lawatan kerja ini diadakan adalah bagi bertukar pandangan tentang penggunaan ACL dalam pengauditan yang dijalankan di samping berkongsi pengalaman dalam menjalankan pengauditan stor farmasi.

Selain daripada sesi perbincangan yang diadakan di Bilik Mesyuarat, pihak UTEM juga telah dibawa ke Unit Farmasi, Pusat Kesihatan Universiti untuk melihat pengurusan stor farmasi di unit tersebut.Pihak UAD UKM berharap dengan lawatan kerja ini dapat mengeratkan lagi silatulrahim antara kedua-dua organisasi.