Mesyuarat Ketua-Ketua Audit Dalam J/KAD Bil.3/2017

Unit Audit Dalam UKM telah dipilih menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Ketua-Ketua Audit Dalam, Jawatankuasa Ketua Audit Dalam Universiti Awam (JKAD UA) bagi Mesyuarat JKAD Bil.3/2017 bertarikh 14 dan 15 November 2017. Mesyuarat ni telah melibatkan ketua-ketua audit dalam dari 20 Universiti Awam seluruh Malaysia iaitu UTHM, UNIMAS, UKM, USM, UMS, UPNM, UNISZA, UPSI, UMK, UMT, UM, USIM, UNIMAP, UTEM, UMP, UPM, UIA, UUM DAN UTM).

Antara aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan ialah sesi lawatan ke Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM) dan Majlis Makan Malam KAD UA yang telah dijalankan di Danau Golf Resort, UKM.

UAD UKM amat bebesar hati di atas kedatangan Ketua-Ketua Audit Dalam tersebut dan ia merupakan pengalaman yang cukup berharga bagi kakitangan Unit Audit Dalam UKM dalam membantu menguruskan program-program sepanjang tempoh berlangsungnya Mesyuarat J/KAD ini.

Harapan kami di masa akan datang UAD UKM diberi peluang sekali lagi menguruskan program seperti ini. Tidak lengkap coretan ini tanpa serangkap pantun dari kami:

Buah selasih buah kelubi

Didalam dulang hidangan pagi

Terima kasih daun keladi

Bila diundang datanglah lagi.