MESYUARAT SEMAKAN PENGURUSAN UNIT AUDIT DALAM UKM 2016

Unit Audit Dalam (UAD) UKM telah mengadakan Mesyuarat Semakan Pengurusan (MSP) yang menguruskan aktiviti audit dan pentadbiran pada 15 dan 16 November 2016 (Selasa dan Rabu) bertempat di Bilik Seminar UNIKEB, Bangi Gateway. Mesyuarat ini melibatkan semua kakitangan Unit Audit Dalam seramai 19 orang.

Tujuan mesyuarat ini diadakan adalah untuk melihat prestasi pencapaian UAD bagi aktiviti pengauditan dan pentadbiran sepanjang tahun 2016 bermula Januari hingga Oktober 2016. Selaras dengan Standard 2010 – Planning yang dinyatakan dalam International Standards For The Professional Practice of Internal Auditing, cadangan program pengauditan untuk tahun 2017 telah dibentangkan oleh setiap kumpulan berdasarkan penilaian risiko. Selain itu, perancangan peruntukan untuk tahun 2017 turut dibincangkan berdasarkan kepada aktiviti audit, kualiti dan pentadbiran yang dirancang.

MSP yang telah dijalankan ini telah mencapai objektifnya dan ucapan tahniah kepada semua warga Unit Audit Dalam yang telah memberi komitmen dan kerjasama untuk menjayakan program ini.